Sunday 12 August 2012

PRAKTIK KAN LAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semua maklumkan kita tak lama lagi je nak beraya walaupun belum lagi buat pengumuman di televisyen a.k.a TV. Persiapan dah tentu 90% tersedia cuma tunggu nak sarung dan makan biskut-biskut tunjuk, mana yang rajin biskut buatan sendiri.

Saya sendiri ada biskut menempah umpama menempah baju dan buatan sendiri. Tapi tak banyak la. Tak nak membazir kan3x..lalala. Budak-budak sekolah seronok la mulai Khamis udoh bercuti(hanya sesetengah sekolah je tawuu). Jadi mulalah, proses pulang ke kampung halaman masing-masing.

Waktu beginilah, kita dapat tengok pelumba F1 yang tidak profesional di jalan raya. Saya sendiri kurang memahami, raya mungkin jatuh hari Ahad dan hari Jumaat atau Sabtu baru pulang ke kampung. Tapi kalau lihat di jalan raya penggunanya ibarat raya tu lagi beberapa saat.

Jalan tu tak ubah macam tempat berjimba weh.. Kalau dapat dibaca apa di pemikiran deme, dapat la kita buat kesimpulan. Tapi apakan daya, kita pun kadang-kadang merempit tahap dewa.heheheh. Bukan apa, kesian pada pengguna kenderaan kecil seperti motor, ataupun basikal(kalau ada balik kampung naik basikal lah).

Lampu trafik tu kalau boleh di scan kesan pelanggaran mesti jelas dan nyatakan lampu trafik tu tak de guna dah.. Bayangkan lah, dari kuning nak ke merah tu berapa pecutan dari kenderaan melanggarnya. Kesian kan. Kalau jalan disebelah lain kosong, hokeyh la, tapi kalau sebaliknya, nasib kome la beraya dalam hospital.

Tahap kerembaan(ayatnya beremba-remba) time kemuncak balik kampung ni, kerap sangat kita tengok takpun dengar dalam berita nyawa melayang. Sedihkan, yela ajal maut semua urusan Allah S.W.T. Akan tetapi, nyawa tu perlu di jaga kan. Hidup di dunia sekali je pun.

Satu kisah, masa ni saya bawa keluarga saya ke bandar. Adik bongsu saya yang berusia tiga tahun tiba-tiba berhujah. Dia cakap "lampu hijau jalan, lampu merah berhenti, LAMPU KUNING LAJU..!!" Haiii, bayangkan, akibat tabiat kita yang suka beremba-remba dijalan raya diperlihat pada budak-budak kecil. Deme sekarang udoh bijak, jadi fikir-fikrkan lah..hehehe.

Jadi pengguna kenderaan empat tayar yang seangkatannya, berhati-hati lah semasa memandu pulang ke kampung (termasuklah diri saya). Jangan lupa diri hokeyh. Sayang semua. So, undang-undang yang ado tu praktikkan lah ye..

Kesempatan yang ada ni saya ucapkan SALAM LEBARAN dan SAYANGI NYAWA ANDA ye..